Sesungguhnya, hati ini berasa amat pilu dan sedih sekali. Selama aku hidup, tidak pernah aku terfikir untuk mengumpul dan mengaut pahala sebanyak mungkin. Mungkin sekadar coretan di sini mampu menjadi pedoman buat pembaca di samping bertambah la amalan buat bekalanku di sana nanti. Ayah mana yang x mahu lihat anaknya menjadi seorang hafiz, ulama', ustaz atau orang alim. Ayahku menaruh harapan tinggi buat diriku, namun aku hanyalah insan kerdil yang lemah. Aku x mampu. InsyaALLAH, melalui aku dan da'ie akan aku usahakan impian ayahku.
Sebenarnya, menjadi seorang da'ie adalah kewajipan orang Islam. Da'ie atau dakwah ini bukan hanya bermaksud mengajak orang masuk Islam tetapi boleh dengan pelbagai cara. Sebagai contoh, orang Islam seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada orang bukan Islam. Makanya, mereka akan tertarik dengan Islam. Bukankah itu antara da'ie. Sebagai orang Islam, kita perlu kreatif agar syiar Islam akan terus berkembang. InsyaALLAH...~
Jom berdakwah kawan2... (:

No comments:
Post a Comment