Tuesday, 9 October 2012
"Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik"
Aku rasa semua orang akan setuju tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik. Guruku juga pernah berkata bahawa manusia biasa macam kita yang berkurang n bertambah imannya jika tidak diberi nasihat selama 3 hari, akan timbul 1 titik hitam dalam hatinya.. mungkin rata-ratanya gejala sosial yang berlaku dalam kalangan remaja kita hari ini di sebabkan kurangnya mendapat nasihat. Oleh itu, timbul titik-titik hitam dan seterusnya menggelapkan hati mereka. jika hati sudah hitam, nak nasihat pun x guna bak kata pepatah "Mencurah air ke daun keladi". Makanya, kita hendaklah saling nasihat menasihati antara satu sama lain agar keharmonian, kesejahteraan seterusnya ukhuwah yg dibina terus terjalin di samping merapatkan tali silaturrahim.
Dalam hal ini, jika ibu bapa kita sering memberi nasihat kepada kita ertinya mereka sangat menyayangi anak2 mereka. Ayahku sering memberi nasihat buat anak2nya. Kadangkala naik muak mendengar nasihat yg sama, tapi ianya adalah untuk kebaikan diri kita juga. Antara nasihat yg sentiasa aku semat dalam diri oleh ayahku ialah jangan tinggal solat 5 waktu, bangun qiamullail, amalkan puasa2 sunat, ajak orang lain buat baik, pergi ke masjid, basahkan lidah dengan zikrullah, solat dhuha dan banyak lagi.. Wahai ayah yg aku sayangi, insyaALLAH kami anak2mu akan sentiasa mendengar nasihatmu walaupun pahit namun kemanisannya akan dtg selepas itu..~
#so, jom sama2 dengar nasihat. apatah lagi dari org tua kita... xsusah pun. dengar je... (:
Ustaz Sukri Mohd. Sahid tercinta..~ ❥
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment